
"Lazat, Berkhasiat, Halalan Toyyiban"
Di Mana
Kami Bermula
Restoran Al Hanin bermula dengan usaha Ustaz Zulrahim bin Yusof apabila beliau mendapat ilham untuk mengusahakan perniagaan Nasi Arab daripada pengalaman beliau semasa belajar di Universiti Mutah di Jordan.

Perjalanan Kami
Pada awal 2000, kami mencuba untuk menjual nasi arab Jordan di Bazar Ramadan di Kampung Melayu Majidee. Atas sambutan dari orang ramai, kami membuka kedai pertama kami di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee.

Sambutan yang menggalakkan dari pelanggan kami memotivasikan kami untuk mengembangkan kapasiti restoran kami di Larkin idaman pada tahun 2012. Di sinilah terciptanya nama "Al-Hanin" yang bermakna idaman, inspirasi dari nama Larkin Idaman.
Pada masa ini, Restoran Al-Hanin antara pioneer yang berkecimpung dalam perniagaan nasi arab di dalam Johor
Walaubagaimanapun, atas sebab yang tak dapat dielakkan, kami terpaksa berpindah ke Nusa Bestari, Bukit Indah selama 3 tahun sebelum mengambil keputusan untuk meluaskan lagi potensi Restoran Al-Hanin ke lokasi seterusnya yang kekal sehingga sekarang, iaitu di Taman Rinting.
Alhamdulillah, berkat sokongan ahli keluarga, sahabat handai, pelanggan-pelanggan setia kami dan para pekerja kami, Restoran Al-Hanin mampu pergi sejauh ini. Syukur kepada Allah Ta'ala.
